TANGISAN RASULULLAH MENGGONCANG ARASH
Jika harta yang hilang
dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang
hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika
akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang
dari diri seseorang.
“Dikisahkan, bahawasanya
di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau
mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim!
Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!”
Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi:
“Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya
mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan,
orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki
yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu
berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja
memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah
bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku
laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar kata-kata
orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah
engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu.
“Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas
kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan
perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang
Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai
orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti
di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak
percaya kepada dirinya.
“Tuan ini Nabi
Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua
kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh
orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang Arab! janganlah
berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba
sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi
seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi
demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita
menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah, Malaikat
Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad!
Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah
kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih
Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti,
akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!”
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab
itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan
membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan
engkau perhitungkan dengan Tuhan?”
Rasulullah bertanya
kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba
akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu.
‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula
betapa kedermawanannya!’
Mendengar ucapan orang
Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa
benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh
membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya
berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan
bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga
la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan
menghisab
dirinya, juga tidak akan
memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua
kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”